Saturday 14 November 2015

PERPUSTAKAAN SMKDUA





SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKDUA

SMK Dato’ Usman Awang pada peringkat awal penubuhannya ialah SMK Seri Perling 2, Jalan Layang, Johor Bahru. Sekolah ini dibuka secara rasminya pada tahun 2001. Dua tahun pertama pusat sumber belum boleh beroperasi kerana persediaan peringkat awalnya belum sedia. Terdapat beberapa kali pertukaran guru yang bertanggungjawab terhadap pusat sumber. Sehingga pada tahun 2003 usaha djalankan oleh Pn. Hjh Rabiah dan beberapa orang guru pembantu mengusahakan peringkat pertama pemprosesan buku dan sistem automasi perpustakaan. Usaha berkenaan dibantu oleh Pn. Hjh Norhayati dan Pn. Azlina Daud. Kerjasama antara tiga orang guru ini telah membolehkan perpustakaan diguna pakai secara rasminya pada tahun 2004.

Pelantikan pertama kumpulan Pengawas Pusat Sumber adalah pada tahun 2004. Ketika itu telah diwujudkan pelantikan Guru Media. Pada tahun 2008 nama SMK Seri Perling 2 telah ditukar kepada SMK Dato’ Usman Awang sehingga ke hari ini. Perpustakaan telah digunakan oleh semua semua pelajar dan guru.

Pada peringkat awalnya, perpustakaan telah dipasang dengan karpet. Setelah tiga tahun menggunakannya, karpet memberikan bau yang kurang selesa dan usaha telah dijalankan untuk menukarkan kepada penggunaan jubin. Perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan kerjasama pengetua pada masa itu iaitu Pn. Nilam dan guru kebajikan Pn. Shariffah Mahani. Hasrat untuk pemasangan jubin dapat disempurnakan pada Disember 2008.

Semasa lantikan pertama hanya seorang Guru Media dan pembantu PAR menguruskan perpustakaan secara keseluruhannya. Hal ini berlangsung selama lima tahun iaitu dari 2005 hingga tahun 2009.
Perpustakaan dibuka daripada 7.25 pagi hingga 6.45 petang. Pengawas Pusat Sumber sesi pagi akan bertugas pada waktu petang dan Pengawas Pusat Sumber sesi petang akan bertugas pada waktu pagi. Pengawas Pusat Sumber yang telah dilantik secara rasmi akan memakai pakaian seragam pustakawan yang berwarna ‘maroon’.


Pada keseluruhannya, perpustakaan SMK Dato’ Usman Awang telah berjaya beroperasi dengan baik. Ramai pelajar sesi pagi yang menyambung masa belajar di perpustakaan selepas waktu persekolahan tamat pada 1.05 petang. Banyak buku rujukan yang terkini disediakan untuk rujukan dan dipinjam oleh pelajar. Bahan bacaan lain seperti buku fiksyen diberi keutamaan pelajar untuk menarik minat mereka untuk membaca. Hal ini termasuklah novel Melayu, Inggeris dan Cina.