SMK Dato’ Usman Awang pada peringkat awal penubuhannya ialah
SMK Seri Perling 2, Jalan Layang, Johor Bahru. Sekolah ini dibuka secara
rasminya pada tahun 2001. Dua tahun pertama pusat sumber belum boleh beroperasi
kerana persediaan peringkat awalnya belum sedia. Terdapat beberapa kali
pertukaran guru yang bertanggungjawab terhadap pusat sumber. Sehingga pada
tahun 2003 usaha djalankan oleh Pn. Hjh Rabiah dan beberapa orang guru pembantu
mengusahakan peringkat pertama pemprosesan buku dan sistem automasi
perpustakaan. Usaha berkenaan dibantu oleh Pn. Hjh Norhayati dan Pn. Azlina
Daud. Kerjasama antara tiga orang guru ini telah membolehkan perpustakaan
diguna pakai secara rasminya pada tahun 2004.
Pelantikan pertama kumpulan Pengawas Pusat Sumber adalah pada
tahun 2004. Ketika itu telah diwujudkan pelantikan Guru Media. Pada tahun 2008
nama SMK Seri Perling 2 telah ditukar kepada SMK Dato’ Usman Awang sehingga ke
hari ini. Perpustakaan telah digunakan oleh semua semua pelajar dan guru.
Pada peringkat awalnya, perpustakaan telah dipasang dengan
karpet. Setelah tiga tahun menggunakannya, karpet memberikan bau yang kurang
selesa dan usaha telah dijalankan untuk menukarkan kepada penggunaan jubin.
Perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan kerjasama pengetua pada masa itu
iaitu Pn. Nilam dan guru kebajikan Pn. Shariffah Mahani. Hasrat untuk
pemasangan jubin dapat disempurnakan pada Disember 2008.
Semasa lantikan pertama hanya seorang Guru Media dan pembantu
PAR menguruskan perpustakaan secara keseluruhannya. Hal ini berlangsung selama
lima tahun iaitu dari 2005 hingga tahun 2009.
Perpustakaan dibuka daripada 7.25 pagi hingga 6.45 petang.
Pengawas Pusat Sumber sesi pagi akan bertugas pada waktu petang dan Pengawas
Pusat Sumber sesi petang akan bertugas pada waktu pagi. Pengawas Pusat Sumber
yang telah dilantik secara rasmi akan memakai pakaian seragam pustakawan yang
berwarna ‘maroon’.
Pada keseluruhannya, perpustakaan SMK Dato’ Usman Awang telah
berjaya beroperasi dengan baik. Ramai pelajar sesi pagi yang menyambung masa
belajar di perpustakaan selepas waktu persekolahan tamat pada 1.05 petang.
Banyak buku rujukan yang terkini disediakan untuk rujukan dan dipinjam oleh
pelajar. Bahan bacaan lain seperti buku fiksyen diberi keutamaan pelajar untuk
menarik minat mereka untuk membaca. Hal ini termasuklah novel Melayu, Inggeris
dan Cina.
No comments:
Post a Comment